Tuesday, September 22, 2009

Tachometer


Untuk memasang Tachometer pada kenderaan masa kini yang menggunakan EFI sebagai sistem bahanapi, ianya agak mudah apa yang penting kita tahu dimana letaknya ECU kenderaan kita. Setelah semua kabel -ve (hitam-ground),+ve (merah-terminal +ve pada bateri - sentiasa "ON"),+ve (oren-IGNITION SWITCH - kalau "ON" kunci baru berfungsi) disambungkan, kabel SIGNAL (hijau) sambungkan pada ECU yang boleh dicari dengan mencuba semua kabel pada ECU tadi. JANGAN BIMBANG untuk mencuba semua kabel untuk mendapatkan signal kerana ia tidak memberikan apa-apa kesan negatif. Jangan lupa hidupkan enjin untuk mendapatkan SIGNAL dari ECU.
Untuk pengetahuan semua, saya telah memasang Tachometer tambahan pada Hilux VIGO mengikut proses seperti di atas dan ianya berjaya tanpa sebarang kesan negatif pada ECU.Proses tersebut juga berfungsi untuk semua enjin yang menggunakan ECU.
Sebagai rujukan, saya lampirkan gambar meter tambahan yang telah dipasang pada Hilux VIGO.

0 Comments:

Related Posts with Thumbnails