Wednesday, September 30, 2009

GAB Bonet Damper




Ini ialah bonet damper GAB Wira yang dipasang pada Hilux VIGO. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan pada "kaki" bonet untuk memastikan bonet damper ini dipasang dengan kemas dan kukuh. Jadi,kos untuk mendapatkan damper ini lebih rendah dan kualitinya juga sama dengan damper khas untuk Vigo.

Tuesday, September 22, 2009

Tachometer


Untuk memasang Tachometer pada kenderaan masa kini yang menggunakan EFI sebagai sistem bahanapi, ianya agak mudah apa yang penting kita tahu dimana letaknya ECU kenderaan kita. Setelah semua kabel -ve (hitam-ground),+ve (merah-terminal +ve pada bateri - sentiasa "ON"),+ve (oren-IGNITION SWITCH - kalau "ON" kunci baru berfungsi) disambungkan, kabel SIGNAL (hijau) sambungkan pada ECU yang boleh dicari dengan mencuba semua kabel pada ECU tadi. JANGAN BIMBANG untuk mencuba semua kabel untuk mendapatkan signal kerana ia tidak memberikan apa-apa kesan negatif. Jangan lupa hidupkan enjin untuk mendapatkan SIGNAL dari ECU.
Untuk pengetahuan semua, saya telah memasang Tachometer tambahan pada Hilux VIGO mengikut proses seperti di atas dan ianya berjaya tanpa sebarang kesan negatif pada ECU.Proses tersebut juga berfungsi untuk semua enjin yang menggunakan ECU.
Sebagai rujukan, saya lampirkan gambar meter tambahan yang telah dipasang pada Hilux VIGO.

Wednesday, September 16, 2009

Ke arah 0% Kadar Kemiskinan Tegar 2011

Sesuai dengan kenyataan dalam akhbar baru-baru ini, Malaysia ke arah 0% kadar Kemiskinan Tegar 2011 maka secara peribadi saya menyokong kenyataan tersebut memandangkan negara sudah menghampiri Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu pelbagai pihak perlu menggiatkan usaha untuk memantau ke seluruh pelusuk daerah dan juga kampung-kampung yang sukar dihubungi/dilawati agar setiap penduduk yang berhak mendapat perhatian sewajarnya. Kita tidak mahu masih ada individu yang ketinggalan dengan arus pemodenan yang sedang kita kecapi sekarang. Kata orang "Jangan ada lagi individu yang KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG". Renungkan..... :-)

Monday, September 14, 2009

At UMS KK

Wednesday, September 9, 2009

My Slideshow

Related Posts with Thumbnails